28 March 2009

MOBS Previu: Okto's Animania- Skip Beat!

Minggu ni adalah tayangan SKIP BEAT! episod 25 di slot Animania. Ini juga menandakan episod terakhir untuk musim pertama anime ini. Namun selepas menontonnya di Jucca, kebarangkalian memang ada sambungan untuk musim kedua.



Sebelum ako membebel panjang, biar ako ceritakan apa sebenarnya yang belaku dalam anime Skip Beat! ini. SKIP BEAT! karya Yoshiki Nakamura ini bermula dengan watak heroin, Kyoko Mogami (Kyoko) yang sanggup berhenti sekolah dan berpindah ke Tokyo mengikut teman lelakinya, Shotaro Fuwa (Sho) yang menjadi seorang penyanyi idola. Kyoko memang amat setia dengan Sho yang dikenalinya sejak kecil.

Namun tak semua hari yang indah itu berkekalan setelah Sho bergelar penyanyi idola ramai. Kyoko mula berang apabila dia mendapat tahu yang Sho telah mengambil kesempatan atas kesetiaannya dan mula berpoya-poya dengan gadis lain. Sho juga telah memberitahu bahawa kehadiran Kyoko hanyalah sebagai pembantu rumah sahaja di apartmen Sho.

Kenyataan tersebut menghancurkan hati Kyoko yang selama ini banyak membantu Sho dan menyokongnya dari belakang untuk mencapai impiannya. Akhirnya Kyoko mengambil keputusan untuk memutuskan perhubungan dengan Sho, dan memberi amaran kepadanya yang dia juga akan menjadi seorang bintang terkenal, dan membalas dendam untuk menjatuhkan populariti Sho.

Adakah impian Kyoko untuk membalas dendam keatas Sho akan tercapai? Korang tengok aje la siri anime ni sendiri.

Kalau nak tengok online, kat Jucaa pun ada dah:

Skip Beat!@Jucaa

No comments: